Profil
Web Designer
profil
Sulaiman Ali
Apa Saya Mampu Buat Untuk Anda
Saya web designer yang bertapak di Kajang, Selangor. Saya membantu anda untuk bina laman web sendiri terutamanya jenis E-commerce dengan harga mampu milik dan hasil kerja berkualiti tinggi.
Software
Saya menggunakan aplikasi WordPress dan software Elementor dalam menyediakan laman web yang responsive, laju dan mudah untuk anda navigasi dan edit apabila laman web anda siap dibina.
WordPress turut mempunyai ribuan plugins yang memudahkan anda untuk customize laman web mengikut citarasa anda.
Kenapa Laman Web?
Laman web merupakan cara terbaik untuk anda menonjolkan diri dengan cara profesional dan pada masa yang sama ringkas untuk menarik pelanggan atau mendapatkan sales jika anda mempunyai perniagaan online.
Lihat sahaja mana-mana jenama besar dan anda akan dapati kesemua mereka mempunyai laman web sendiri dengan rekaan sleek dan profesional.
Hubungi saya untuk tempah dan bincang mengenai rekabentuk laman web anda segera.

Sulaiman Ali
5
Projek
5
client yang berpuas hati
4
langkah mudah tempah laman web
100%
jaminan refund jika gagal tepati deadline
Cara Mudah Tempah Laman Web Anda
Saya mengikut langkah mudah untuk lebih teratur dan tersusun dalam proses merekacipta laman web. Ini untuk memudahkan client dan memberi peluang untuk komunikasi yang lebih baik sekaligus mencapai idea laman web yang anda inginkan.
Di awal proses, saya akan banyak bertanya client tentang laman web yang anda mahukan terutama fungsi dan gaya laman web itu. Ini bagi memastikan saya mampu menghasilkan laman web yang mengikut keperluan client.
Client perlu memberikan nama domain(nama laman web pilihan sendiri) untuk dibeli pada peringkat awal.
Pada peringkat ini, saya akan berikan beberapa contoh laman web demo untuk memudahkan client dan anda boleh memilih rekaan laman web yang mengikut citarasa anda. Jika tiada yang berkenan, saya boleh bina laman web mengikut apa yang diingini dan hasilkan sendiri demo yang sesuai. Apabila client setuju, saya akan tambah details untuk wujudkan sebuah laman web yang sebenar.
Apabila rekaan laman web selesai, saya akan hantar preview laman web yang dibuat. Jika client berpuas hati, saya akan install plugins yang sesuai mengikut keperluan.
Sebagai preview terakhir, client dan saya akan memeriksa lagi laman web agar semua pihak berpuas hati.
Setelah final check, saya akan letak laman web dalam mod live dan berikan optimisasi yang sesuai untuk memudahkan carian di Google.
Soalan Lazim
Jawapan untuk soalan yang sering ditanya.
Boleh edit sendiri ke laman web?
Boleh. Anda boleh diberi akses ke aplikasi editing iaitu WordPress. Saya menggunakan software terbaru yang memudahkan proses editing. Anda boleh ubah keseluruhan laman web jika anda mahu.
Berapa lama masa untuk laman web siap?
Sekurang-kurangnya 3-5 hari. Bergantung kepada jumlah revision dan feedback dari anda untuk dapatkan hasil yang anda sendiri inginkan.
Harga boleh dikurangkan lagi?
Boleh. Kita boleh berbincang dengan lebih lanjut dan tetapkan harga mengikut bajet anda.
Lingkungan harga masih lagi tertakluk kepada jenis laman web mengikut pelan pilihan anda.
Siapa pemilik laman web selepas siap dibina?
Anda. Tugas saya hanya merekacipta laman web. Saya boleh berikan hak full admin kepada anda jika anda mahu dan anda boleh delete saya sebagai admin.
Yang saya minta hanya kebenaran untuk mempamerkan hasil kerja laman web anda di bahagian portfolio saya sahaja.